SHAH ALAM: Tiada unsur jenayah dikesan melibatkan kematian seorang lelaki yang ditahan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, individu berumur 33 tahun itu menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap iaitu 5 Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Tahanan terbabit difahamkan baru selesai sebutan kes di Mahkamah Majistret Pengkalan Chepa pada 22 November lalu
"Lelaki itu sakit jam 7.42 petang ketika dalam tahanan sebelum pihak perubatan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kelantan datang bagi memberikan rawatan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, individu itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika pemeriksaan dilakukan.
"Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan berkenaan.
"Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan pada badan tahanan berkenaan menerusi proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 23 November lalu," katanya.
Azri berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kematian lelaki terbabit.
"Setakat ini masih belum disahkan punca kematian tahanan berkenaan dan kes ini masih dalam siasatan sementara menunggu keputusan makmal.
"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT),JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan melibatkan pelbagai aspek sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Koroner untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 24 2023
Azri berkata, lelaki dalam tahanan itu sakit jam 7.42 petang sebelum pihak Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa datang bagi memberikan rawatan. - Gambar hiasan
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis
Individu berumur 33 tahun itu menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung dua anggotanya yang didakwa memiliki gaya hidup mewah.
804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib
Seramai 804 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak Januari hingga Ogos lalu.
JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda
Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, semalam.
Tahanan meninggal dunia dalam lokap selepas sesak nafas
Seorang lelaki meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju selepas diserang sesak nafas, semalam.
Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis
Polis berkata bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan
Ujian integriti ialah pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota polis menyamar sebagai orang awam.
Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19
Kematian seorang tahanan lelaki warganegara Myanmar di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi disahkan adalah akibat jangkitan COVID-19.
Pengurusan lokap: Pemeriksaan Ketua Polis Daerah, Ketua Balai antara mekanisme baharu
Perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM), agar ia dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.
Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis
Hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 39 tahun itu mendapati punca kematian adalah 'coronary artery disease'.